meandbaby

I will write anything that relates to me being a mother to a Down Syndrome Boy, being a weekend wife,as a daughterand as a human being...

Thursday, November 24, 2005

Syurga rumah tangga

Di pagi Jumaat yang mulia ini, I would like to share something with you....sama-sama mengingatkan..

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yg. pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri

Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yg. satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza

Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata (gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan (wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan Bahagia itu pada nama
Dibaja gelar yang glamour (ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan (wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbul delima
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu ada pada harta
Kalaulah bahagia itu ada pada nama
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa

Kenapa Charles & Diana berpisah?
(seorang putera & seorang puteri)
Kenapa Elvis & Priscilla berpecah?
(seorang seniman & seorang seniwati)
Kenapa Onasis & Jackie bertelagah?
(seorang jutawan seorang celebrity)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah
Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketengan pada hati"
Suami isteri sama-sama mengerti Maksud terseni takdir Ilahi Itulah zikir yang hakiki
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuliskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah Gerbang perkahwinan pun terserlah
Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan T
empat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat Indahnya oleh munajat
Tapaknya.........iman Jalannya...........syariat Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami" "cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'