meandbaby

I will write anything that relates to me being a mother to a Down Syndrome Boy, being a weekend wife,as a daughterand as a human being...

Thursday, September 28, 2006

Aku dan Ramadhan

Nak sambung tag by Cyberdad..

First time, aku berpuasa. Masa tu umur lima tahun. Posa yang yuk.Tengah hari bukak periuk mintak nasi..tapi still claim duit upah…kalau setengah hari mama upah lima posen..jadi le…

First time, aku berpuasa penuh. Masa darjah Satu..malu oh kalau tak posa penuh…nanti member –member ejek…sekolah pompuan je so ok le sikit…masa ni le hari-hari pakai baju kurung g sekolah…

First time, aku berpuasa jauh dari family. Masa tu dah besar dah..masa buat Diploma kt U*itm…seronok sebab tak penah rasa buka posa ramai-ramai ngan kengkawan…time kaya..buka kat section 2 atau café feberet kat PKNS Deliqueen (skang dah tutup dah)..time tengah sengkek kt dining hall la apa lagi..kul 6 berduyun-duyun mengangkut Tupperware yang ada g tapau makanan pastu berbuka kat bilik reramai,bergilir-gilir le bilik sapa..pastu lepas buka berduyun-duyun masuk toilet cuci segala maknenek tupperware and pingganware yag dah pakai masa buka tadi.
Kalau rajin hari tak de kelas..sabtu ke ahad..masak ramai-ramai kat bilik masakan yg disediakan kat blok..masa tu le nak tunjuk skill ngan senior-senior..buat nasi kerabu..pudding caramel..macam-macam..
First time, aku bayar zakat fitrah sendiri. Tak masuk dalam diary sebab kita pompuan.

First time, jatuh sakit semasa berpuasa. Belum pernah tapi pregnant masa posa..pernah.masa pregnant dua org munchkin tu..time posa memang tengah sarat..bulan posa 2000 and bulan posa 2003,masa tu tengah 6-7 bulan..sarat tapi larat lagi jalan kaki ke sana kemari..memang incredible la masa posa..tak rasa apa pun..rahmat Tuhan syukur Alhamdullillah…yg syok lagi mengandung masa posa nih sebab posa penuh..

First time puasa sebagai seorang isteri Masa nih baru lepas gugur kandungan yg pertama..first time berposa berdua..banyaknya berbuka kat umah parents..sebab dah duduk dekat lagi pun berdua je..and masa nih we all rajin le bergilir umah sedara-mara yg ada memenuhi jemputan berbuka di umah diorang.

First time puasa sebagai ibu. Sama je..Cuma giliran menyusu tu yg agak kelam kabut sikit sebab kalau time susu dekat time sahur memang le ngantuk gila..nak lagi D selalu sakit masa baby..so kalau sakit je memang tak tido malam le..

First time puasa di oversea. .tak penah..tak nak merasa pun.

First time bukak puasa kat ofis. In my previous job..memang selalu..ada, sekali tu dah la tengah sarat …keje banyak..hubby dok mengadap kita..teman buat keje kat opis..berbuka minum teh tarik yg dibeli masa hubby balik keje petang tuh…mengalir air mata…kenapa la macam nih rupanya..had a decent bukak posa pun masa tuh dah kul 10 malam

First time berpuasa terlupa sahur (tahun ni). First day posa..Bukan terlupa tapi malas nak bangun sebab memang sejak kahwin sahur sorang-sorang..so ingatkan boleh le tahan sebab hari tak keje..tapi dah biasa sahur lembeknya semacam…tak leh jadi nih..so sejak hari tuh belum penah lagi tak sahur..at least minum susu and makan roti ngan cheese…

1 Comments:

  • At 8:09 PM, Blogger AuntyN said…

    Selamat Hari Raya, maaf zahir bathin dari AuntyN dan keluarga untuk meandbaby dan keluarga.

    Ni dah dekat nak raya ni, apasal tak update? Hehehe

    jangan marah ye?

     

Post a Comment

<< Home