meandbaby

I will write anything that relates to me being a mother to a Down Syndrome Boy, being a weekend wife,as a daughterand as a human being...

Monday, October 08, 2007

Ramadhan Ini

Ramadhan ini.....pertama kali menyambut puasa tanpa Babah..terkenang semasa dia masih ada, kuih lopis,bubur lambuk,laksam, lompat tikam jadi kegemaran. Dia pergi meninggalkan kami pada 20 June 2007. Sehari sebelum Anniversary dengan mama.....sayu hati

Ramadhan ini.....berita gembira disebalik kesedihan itu...I'm carrying my third munchkin now...hopefully everything will be okay...too early too know anyway...menggunakan kesempatan ramadhan ini utk berdoa banyak-banyak agar my baby will be alright.

Ramadhan ini....banyak juga berita gembira....surat yang dinanti dah dapat. alhamdullillah rezeki bulan puasa....hal rumah baru pun dah selesai bulan ramadhan ini...insyaallah akan pindah lepas raya nanti...

Ramadhan ini....zaman dah berubah, dulu tak de siapa nak ucapkan salam ramadhan sekarang malam nak menyambut ramadhan bertalu-talu sms masuk menyambut kedatangan ramadhan...antara sms yg menarik ialah
- Perkataan yg cantik "ALLAH", Lagu yg merdu "AZAN",Novel yg menarik "AL-QURAN",senaman yg baik "SEMBAHYANG",diet yg mujarab "PUASA", Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

-Jika hati sejernih Air, jgn biar ia keruh. Jika hati seputih Awan,jgn biar ia mendung. Jika hati seindah bulan hiasi ia dengan iman.Selamat berpuasa,semoga kita berusaha menambahkan amal ibadat di bulan baik ini,insyaallah.

-Jika semua harta adalah racun,maka zakat penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa,maka taubat ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda maka ramadhan pemutihnya. Selamat manyambut ramadhan.

- KArnival Ibadah sempena menyambut Ramadhan Al-mubarak.Bonus hebat menanti anda antaranya:keredhaan Allah,keampunan Allah,balasan syurga, bonus 1000 bulan,tingkatan taqwa,jimat belanja,sihat tubuh badan,rezeki mencurah,doa dimakbul,lailatul qadar dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut,sila rujuk al-Quran,hadith dan alim ulama,rebutlah tawaran yg sah dari 13/9 - 12/10 2007 selagi stok usia masih berbaki.

Dah nak raya dah pun.....Selamat menyambut Aidilfitri...hati-hati dijalan raya...salam dari kami sekeluarga

Labels:

2 Comments:

  • At 9:02 AM, Blogger ays_as said…

    salam aidilfitri ...

    sorry about babah :(
    tahniah about the 3rd munchkin!!! moga selamat semuanya....

     
  • At 3:36 PM, Blogger Kak Teh said…

    meanbaby, sorry kak teh terlambat. Selamat hari raya. and tahniah kerana akan menimang seorang lagi munchkin.

     

Post a Comment

<< Home