meandbaby

I will write anything that relates to me being a mother to a Down Syndrome Boy, being a weekend wife,as a daughterand as a human being...

Sunday, May 29, 2005

Cuti Sekolah...

My DD decide untuk mengeksport kedua munchkin tu balik ikut dia this weekend for 2 weeks...ohh sunyinya rasa hati...selalunya kalau mlm-mlm jenuh mengejar Ceprek sebab tak abih-abih mengukur rumah..tapi malam tadi rasa sunyi je umah mama...si Abang muka selamba je masa lambai kita..tak de rasa sedih lansung...mama dia dah nak menangis dah diorang nih rileks je...
semalam gak berkunjung ke jualan amal majlis kanser negara...banyaklah barang-barang yang dijual...barang yang baru ada..makanan pun banyak...barang second hand pun not bad...bayangkan kasut ferragamo diorang jual for only RM50...hmmm sayang tak de saiz..kalau tak memang dah angkut...nak ambik gambar artis kena bayar RM30...boleh naik kuda...ok la for a good deed..tapi tengok sambutannya tak begitu meriah dibandingkan dengan Karnival Sure Heboh..kalau nak kata promo tak ok,kita pun dapat info kat TV..yang ramai kat saya mak datin-mak datin..orang macam kita nih ada dua tiga kerat jer...bought reader's digest 2004 copies,
3 copies for only RM2..cheap.cheap..cheap...
2 of my collegues just came back from London and Hiroshima..diorang yang tau my favorite souvenir bought for me fridge magnets....comel comel...menambahkan collection yang ada...orang kat opis nih memang macam tuh..ada sekali tuh tengah sibuk berulang alik ke India so dapat la punjabi suit yg menjadi idaman...org balik dari Bintulu, dapat belacan..balik dari Tawau, dapat daging rusa...so apa anda dapat?

Wednesday, May 18, 2005

Kesedihan di pagi hari

Sampai je di opis pagi tadi dikejutkan dengan berita menyayat hati yg mana one of our collegue telah kembali ke rahmahtullah malam semalam....rasanya terakhir mendapat berita berkenaan kesihatan arwah khabarnya dia sudah semakin recover dari the big C (as described by Kak Teh), tapi ye lah ajal maut ditangan tuhan....sayu rasa hati bila melihat ahli keluarga arwah mengusung jenazah didepan mata...walaupun kesempatan untuk berkenalan hanya seketika tetapi masih terbayang lagi gelak tawa arwah bila saya mengusik..saya memang kalau tak mengusik orang tak sah...almaklumlah...minah kecoh...
setengah jam kemudian satu lagi announcement dibuat iaitu kembalinya seorang lagi kakitangan kami telah kembali ke rahmahtullah kerana kemalangan...seorang sahabat sempat bercerita yg baru semalam berseloroh dengan arwah semasa dia datang menghantar dokumen ke pejabat kami....

Al fatihah...

Monday, May 16, 2005

Berwajah Baru

Well, after some time meninggalkan Diaryland...I decided to move my blog here...it is not that I'm actively updating my diary tapi recently when I have issues yg nak luahkan so I decided to write again...
Mendengar berita semalam hati menjadi sayu...how do I feel if I'm going to see my children kena gelek macam tuh...I wouldn't be sure if I could describe it in words....as long as I could remember..Jln tu memang telah terkenal di Klang sebagai menjadi salah satu dari lebuh raya yg paling merbahaya..baik semasa constructionnya yg memakan masa bertahun-tahun sampai la sekarang dah siap masih lagi ada yg terkorban disitu...I remember when I was dating my dear darling at that time..he was working there..ala kawasan perindustrian Sultan Sulaiman tu and everyday dia akan cerita ada saja accident yg jadi kat highway tuh...disebabkan kat situ kawasan perindustrian banyakla lori-lori dan treler yang lalu dan kalau semua pemandu-pemandu tu berhemah tinggi mungkin keadaan tak jadi sebegini...
Back to my dear Darling..masa mula-mula keje dulu pakai motor le mana la mampu nak bwk keta lg ..so one day dia terjatuh moto...disebabkan nak mngelakkan treler yg laju nih..mendengarkan cerita anak dia terjatuh tuh,minggu depan tu terus dia suruh keluarkan duit ASB darling saya dan belikan kereta Datsun 120y..ala keta yg masa dulu-dulu org gunakan kt driving school tuh...jln tuh mmg bahaya and that was 6 to 7 years ago...
And masa my dear darling bercerita tentang penduduk kampung yang akan belasah org yang langgar harta benda (termasuk binatang ternakan diorang) atau penduduk..I was stunned and tak percaya...tapi bila dah keluar dlm berita semalam memang betul... diorang memang belasah teruk mamat drebar tuh...fuyoo mcm citer Hindustan plak..
But I still bersimpati dengan keluarga mangsa semalam...sayu hati mendengar cerita yg dia nak bagi hadiah kat cikgu dia...tapi apakan daya hajatnya tak kesampaian...